January 27, 2020

Lencana Sekolah

Bentuk daun yang terbuka melambangkan buku dan membawa maksud pelajar sentiasa menimba ilmu. 

Obor di dalam yang berbentuk bulatan melambangkan kegiatan kokurikulum yang sama penting dengan pencapaian akademik.  Obor melambangkan semangat kesukanan pelajar SMKTM. 

Roda yang bergigi  di bawah melambangkan pelajar SMKTM juga menonjol dalam bidang Sains dan Teknologi. Semua ini terletak di dalam perisai yang menggambarkan kekuatan mental dan emosi pelajar.

Warna-warna yang dipilih adalah warna Negeri Sembilan.  Warna hitam melambangkan pelajar SMKTM  terdiri daripada berbilang kaum.Warna merah melambangkan keberanian pelajar melibatkan diri dan berjaya dalam semua bidang. Kuning yang menjadi warna di Raja melambangkan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat Negeri Sembilan.