May 10, 2016

Profil SMK Tanah Merah

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah Site ’C’ telah ditubuhkan pada tahun 1965 sebagai sekolah menengah rendah dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Tanah Merah Site ’C’. Dari tahun 1965 hingga 1969, sekolah ini telah beroperasi di bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Tanah Merah Site ’C’.  Persekolahan dijalankan pada waktu petang. Bilangan pelajar pada ketika itu hanya berjumlah 80 orang dengan tujuh orang guru. En. Lee Chee Peng merupakan Pengetua pertama di sekolah ini. Beliau berkhidmat bermula daripada tahun 1965 sehingga 1980.

Setelah lima tahun beroperasi di bangunan SRJK(C) Tanah Merah Site ’C’, akhirnya pada tahun 1970, sekolah ini telah berpindah ke lokasi sekarang yang terdiri  daripada sembilan buah bilik darjah, satu blok bengkel dan sebuah kantin. Di bawah pimpinan Pengetua seterusnya iaitu En. Mahmud Kassim (1980-1986) dan En. Toh Kim Huat (1986-1991), sekolah semakin besar dengan penambahan blok bangunan. En. Khoo Yee Liew menjadi pengetua keempat sekolah bermula pada tahun 1990-1995. Pencapaian akademik juga mula menunjukkan peningkatan.

Sekolah ini telah dipimpin oleh pengetua kelima iaitu Pn. Tay Guet Pooi mulai bulan November l995 sehingga 2005. Dengan bilangan pelajar yang semakin ramai, sekolah dua sesi telah dimulakan pada tahun 1997. Satu lagi bangunan yang mengandungi pusat sumber, bilik perpustakaan, makmal Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) dan bengkel Kemahiran Hidup telah dibina pada tahun l998. Kelas komputer oleh pihak swasta telah dimulakan pada tahun 1999.  Dengan pembinaan sebuah lagi bangunan baru yang menempatkan pejabat dan 10 buah kelas pada tahun 2000, persekolahan satu sesi telah dimulakan pada bulan Februari 2001. Pada bulan Mac 2002, Makmal Bahasa telah mula beroperasi untuk membantu dalam Pengajaran dan Pembelajaran BM dan BI.  Bilik-bilik khas yang lain seperti Bilik SALC, Bilik Kuliah, Bilik Gerakan, Pavillion, Galeri Sejarah telah mula didirikan semenjak tahun 2002.

Mulai tahun 1997, pihak sekolah telah memperkenalkan program komputer bernama Program Komputer Peringkat Rendah dan Program  Komputer Peringkat Atas untuk tujuan menganalisis markah peperiksaan.  Program ini telah dicipta oleh En. Hoo Wee Chuan, Pengetua SMK Air Putih.  Pelajar mula menerima slip keputusan peperiksaan dan bukan buku kad kemajuan (Report Card).  Mulai tahun 2002, program SIMPLE (Sistem Intergrasi Maklumat Pelajar  yang dicipta oleh En. Charlie Chan telah digunapakai. Sejak 2007, Sistem Analisis Peperiksaan yang diperkenalkan oleh Jabatan Pelajaran NS mula digunakan. Program ini pula diganti oleh program ISIS  pada tahun 2010.

Sejak November 2005, Pn. Hajjah Normah bte MD Tahir menjadi Pengetua SMKTM Site C.  Kebanyakan bilik-bilik dan bengkel telah dinaiktaraf, termasuk tandas pelajar dan juga bangunan sekolah telah dicat semula.  Bengkel-bengkel di bawah Bidang Vokasional dan Teknologi telah menerima Anugerah Akademik Terbilang peringkat Negeri Sembilan, tahun 2007. SMK Tanah Merah Site ’C’ juga menjadi juara Pertandingan Sekolah Selamat peringkat Negeri Sembilan tahun 2008. Dalam bidang kokurikulum, SMKTM Site ’C’ sentiasa mencatat keputusan membanggakan dalam  permainan bola keranjang dan ping pong. Makmal komputer mula beroperasi mulai Januari, 2009.  Dari segi keputusan PMR 2013, sejarah tercatat apabila 11 orang calon  mendapat semua A dengan peratus lulus 65%.  (lulus semua mata pelajaran) Dalam peperiksaan PT3 2015, dua orang pelajar mendapat 8A . Pada tahun 2014, 3 orang pelajar mencatat semua A dalam SPM.

Pada bulan Julai 2009, Pn. Hajjah Arpah Bte A. Kadir telah menjadi Pengetua sekolah. Pada 15 Julai 2010 sekolah secara rasminya telah menggugurkan Site ’C’ daripada nama sekolah.  Nama sekolah menjadi SMK TANAH MERAH.  Pada tahun 2010, sekolah telah menduduki tempat ketiga dalam  pertandingan “School Got Talent” di peringkat kebangsaan.  Manakala dalam olahraga pula, sekolah menduduki tangga ketiga di peringkat Port Dickson pada 2012 dan 2013.   Setelah persaraan Pn. Hjh Arpah pada Januari 2013, Pn. Hjh Haniah Bte Jambi telah dilantik sebagai Pengetua SMK Tanah Merah..

Sebagai satu cara memberi pendedahan antarabangsa kepada pelajar, pada 9 Mei 2013 sekolah telah  menjadi hos kepada 150 orang pelajar Jepun yang telah  membuat lawatan sehari ke sekolah. Pada tahun 2014, sekolah telah mencatat kejayaan sebagai Johan dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Port Dickson dan Johan Balapan dan Padang Piala Menteri Pendidikan Peringkat Port Dickson.  SMKTM juga meraih gelaran Johan dalam Pertandingan Bola Keranjang 3 on 3 (Perempuan) peringkat daerah dan Negeri Sembilan serta layak ke peringkat kebangsaan. Dalam acara Merentas Desa, seorang pelajar kita menjadi Johan peringkat daerah dan Negeri Sembilan serta mendapat kedudukan Naib Johan (pasukan) di peringkat kebangsaan. Dari segi keputusan PMR 2013, sejarah tercatat apabila 11 orang calon  mendapat semua A dengan peratus lulus 65%.  (lulus semua mata pelajaran) Dalam peperiksaan PT3 2016, 2 orang pelajar mendapat  6A . Pada tahun 2015, seorang pelajar mencatat semua A dalam SPM 2015.

Pn Hjh Haniah telah bersara pada 1 Jun 2015 dan diganti oleh En Razali b Md Taib pada bulan September 2015. Di bawah pimpinan En. Razali b. Md Taib, sekolah telah melalui rebranding dengan penamaan semula kelas, perubahan tapak perhimpunan ke Dataran Ilmu, perubahan nama bilik-bilik khas seperti Dewan Gemilang, Geraha Ilmu, Anjung Selera, Destinasi Hati, Jalan Kejayaan dan lain-lain. Untuk tahun 2020, sekolah mempunyai lebih kurang 720 orang pelajar, 55 orang guru dan 2 orang kaunselor.  26 buah kelas telah dibuka. Buat pertama kali juga, aliran Pendidikan Khas akan dimulakan di SMKTM sejak tahun 2017. Jawatankuasa induk terdiri daripada Pengetua, Guru Penolong Kanan Akademik Pn. Yeow Bee Lin, Penolong Kanan HEM.  Pn. Norrohani bt Othman dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu En. Ayappan M.

Untuk menggalakkan kemenjadian pelajar, pelbagai program seperti Tazkirah Agama, Bulan Akademik,    Kem Kepimpinan Pelajar, Kem Perdana, Hari Kantin , sambutan-sambutan perayaan serta banyak lagi telah dirancang untuk 2017.  Unit Disiplin SMKTM juga menggunakan pendekatan mesra pelajar dengan Motto yang inovatif & kreatif  iaitu  ”  V Care  4  U  ”.  Sekolah diharap akan menjadi institusi pendidikan yang menjana generasi yang berkualiti di masa hadapan. Pelajar sekolah juga diharap menghayati tag line baru sekolah  SMKTM GEGAR.